Mak ko ijau di Batu Gajah


Salam


Pembukaan trip daypack OGKL bermula di Batu Gajah. Batu Gajah terletak di selatan ipoh. Nama Gunung Hijau disangka hanya terletak d Bukit Larut tapi ada juga di sini. Ramai muka baru serta pelbagai bangsa turut mewarnai perjalanan kali ini seperti Reva, Jason dan Kelvin. Semangat sungguh mereka datang.

Seramai 34 orang tanpa 5 yang tidak ikut kebanyakan dari Seremban dan sekitar Lembah Klang diketuai oleh Habsah dan dibantu oleh Cikgu Ros serta AJK lain. 

rutin periksa suhu
taklimat sebelum guide sampai

Gunung ini tidak popular kerana jambatan di laluan lama sudah rosak. Selepas dibaikpulih ia kembali dimasuki terutama warga emas berbangsa cina yang duduk berhampiran.

Dari pekan Pusing di Masjid india muslim Ar Rahman kelihatan rata sedikit puncak gunungnya. Guide Uzair Sohigh bersama pembantu iaitu Nurin, Amir Janggut dan Haikal datang dari Chemor bersama powil. Sarapan juga disediakan oleh mereka. 3 kali powil bergerak ke starting point selama 15-20 minit diperlukan menghantar semua peserta.




zumba bermula
taklimat dari guide pula

Sampai di kebun  Uzair memberitahu tentang perjalanan dan memperkenalkan krunya. Di pihak OGKL Pak Teh memulakan langkah senaman zumba yang belum pernah lagi dilakukan sebelum ini. Sekitar 2 lagu dalam 15 minit kami menikmati zumba Pak Teh. 


rehat sebentar



Sekitar 9.30 pagi kami bergerak melalui kebun orang. Treknya menaik sikit-sikit. Ada jumpa beberapa mini tokong dan ada tempat disediakan penyapu supaya tempat rehat boleh disapu daun-daun kering yang jatuh bertaburan.

sampai sudah ke puncak yang panas












Memang laluan nya mudah sahaja sehingga kami sampai 15 minit lagi untuk rehat. Sini kami letak beg masak air dan pasang ground sebelum bergerak ke puncak. Puncak tiada beirut tapi luas. Pokok-pokok tinggi tidak banyak. 

meriah kali ni

rehat makan dan berbual-bual
pak teh mula bagi urut free 

bersama najib

Selepas bergambar dengan matahari yang tegak kami kembali ke tempat rehat tadi sambil makan. Sekitar 1.30 baru kami turun. Sampai di tempat awal tadi ada yang meneruskan berjalan kaki sambil powil ambil di tempat yang setakat mana berjalan.

Sekian untuk kali ini. 

video dari haikal 

photo pn80517_zps08rer6as.gif

1 comments: