Suka Duka October

Salam,

Orang kata bila masuk bulan Oktober maka banyak tragedi akan berlaku. Banyak sejarah yang berlaku di sekeliling rupanya ibarat menghampiri ke hujung tahun banyak kejutan berlaku. Namun kesan dari Covid '19 ada hikmahnya.

Di awal bulan 2 anak masuk belajar ke universiti tapi terpaksa belajar dari rumah secara atas talian atau online. Ini memberi sedikit kesan pada fokus masing-masing kerana tiada dalam masa yang sama ada adik-adik kecil yang bising-bising di rumah.

Sementara itu kadar kenaikan mendadak kes jangkitan bermula sebaik 1 haribulan sehingga mencecah 1240 sehari maka kerajaan mengumumkan sekali lagi PKPB untuk gelombang ke 3 ini pada 14 haribulan selama 2 minggu dan diteruskan lagi pada 27 haribulan. PKPB kali ini melibatkan penduduk di Lembah Klang serta Putrajaya dan Cyberjaya. PKPB juga dilanksanakan di Negeri Sembilan dan sudah semestikan di kawasan paling top iaitu di Sabah.

Sepanjang bulan October juga menyaksikan beberapa rekod sejarah tercipta samada suka atau berduka. Liverpool mengalami kekalahan pertama yang teruk teruk dalam EPL kepada Aston Villa 7-2. 2 jam sebelum nya Manchester United kalah ditempat sendiri pada Spurs 1-6 . Jarang kalah teruk bersama dah tak pernah kalah seteruk ini selama 30 tahun walaupun Manchester United pernah kalah pada City di jaringan sama di tempat sendiri pada 2011.

Pada acara tennis terbuka Perancis, Rafael Nadal mencipta sejarah menang kali 13 iaitu 4 kali berturut-turut untuk kali ke 2 dan menyamakan kedudukan 20 grand slam bersama Roger Federer.

Sementara itu Grand Prix dunia, Louis Hamilton memenangi perlumbaan ke 92 di litar Portugal mengatasi Micheal Schumacher.

Di acara MMA, Khabib Nurmagomedov mengekalkan kejuaraan mengatasi Justin Gaethje untuk kemenangan ke 29 tanpa kalah dan dengan sedih mengumumkan persaraan selepas ketiadaan bapa kerana mengikut nasihat ibunya.

Sementara itu pergolakan politik di Malaysia untuk jawatan Perdana Menteri masih terus hangat. Tan Sri Muhyiddin Yassin banyak menerima tekanan dari Anwar Ibrahim, Tun M dan terbaru Tengku Razaleigh. Kes kenaikan covid selepas PR di Sabah menjadi punca masyarakat tidak lagi mempercayai kesan yang di bawa dalam politik sehingga Agong terpaksa menggunakan pendekatan lain untuk menstabilkan keadaan.

Sekian. Semoga virus Covid 19 akan segera hilang di muka bumi Malaysia dan dunia.
 

photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment