Mengingati legend atau ikon yg pergi dan bersara

Salam, 

Masih dalam musim PKPB di Selangor yang tidak boleh beraktiviti lasak, bulan ni kita bercerita kisah manusia yang memberi impak pada bidang masing-masing. Tanpa mereka dunia ibarat marikh yang tiada penghuni , hanya untuk hidup dibiar mati sahaja tanpa jalan cerita.

Sesuai dengan tajuknya mari kita huraikan.

1. Sir Sean Connery(Pelakon British)


James Bond pertama dari 7 setakat ini. Dan James Bond ke 2 yang meninggal selepas Roger Moore. Dari raut wajah yang tampan, suara tegas seorang lelaki Inggeris serta penakhluk wanita dalam setiap aksi Bond, selain filem-filem lain seperti bapa pada Indiana Jones, Hunt for Red October, The Rock dan banyak lagi. 



Setiap skrip yang diperkatakan memiliki maksud tertentu. Karier seni beliau berakhir di filem League of Extraordinary Gentlemen pada tahun 2003 bila beliau telah menolak untuk menerima watak tempelan selepas itu. Apapun watak Bond beliau dan Roger Moore lebih memberi impak dari watak Bond selepas itu.

Beliau lahir pada 25 Ogos 1930 dan meninggal pada 31 Oktober 2020.

2. Maradona(Pemain Bolasepak)


Kalau peminat bola sebut sahaja nama ini pasti tau siapa dia. Yang lahir selepas tahun 1986 hanya boleh tengok di Youtube sahaja. Ramai yang tanya antara kambing 2 ekor ini mana yang terbaik. Kambing yang dimaksudkan adalah goat dalam bahasa inggeris. Goat pula adalah singkatan dari perkataan greatest of all time. Manakala 2 ekor adalah antara Maradona dan Pele tanpa Zidane, Cruff, Ronaldo, Van Basten, Messi mahupun Cristiano Ronaldo. 

gol tangan 
gol abad ini

Maradona hanya seorang yang mencipta dan menjaringkan gol tanpa bantuan dari pemain bintang yang lain. Gol yang diingati adalah pada satu perlawanan menentang England di Piala Dunia tahun 1986. Gol pertama adalah berpunca darinya yang menghantar ke Jorge Voldano rakan sepasukan lalu bola sampai ke penjaga gol Peter Shilton sambil Maradona datang menjadikan bola 50-50. Bila bola tiba Maradona dilihat menggunakan tangan tanpa dilihat dengan jelas oleh pengadil Ali Nasser. Sampai sekarang masih jadi kenangan suasana tersebut manakala gol ke2 dipanggil gol abad ini bila mana sebelum masuk separuh ke kawasan England, Maradona melarikan bola dari 3 orang lalu bila tiba di kota penalti sekali lagi Maradona mengelecek 2 pertahanan dan melepasi Peter Shilton dengan gol ternganga. 

Perlawanan seterusnya menentang Belgium dan final lawan German Barat,  Maradona memenangi Piala Dunia. Perjalanan di peringkat kelab juga lebih pada individu. Selepas ke Barcelona, Maradona ke Napoli dan beliau tidak menunggu lama untuk memenangi liga.    

Beliau lahir pada 30 Oktober 1960 dan meninggal semasa tidur pada 25 November 2020 kerana sakit jantung.

3. Undertaker(Penggusti WWE)


Sebut sahaja nama Undertaker di WWF dulu dan WWE kini, pasti ramai terhibur dengan aksi perlahan tapi padu. Banyak teknik-teknik melemahkan lawan telah digunakan oleh Undertaker dan paling terkenal adalah Tombestone Piledriver. Beliau kurang kontroversi bahkan pemilik WWE Vince McMahon sentiasa memberi jalan cerita yang menarik pada beliau yang jarang-jarang dapat dari penggusti lain. Beliau jarang bercakap di pentas dan ayat-ayat beliau biasa sahaja tetapi bila beraksi memang hebat. Bersama Kane yang dianggap adik tiri misteri dalam WWE juga memenangi gelaran bersama. 

intro undertaker

Dengan lagu tema yang sedap, memasuki gelanggang yang hebat , persembahan yang bukan kaleng-kaleng , jarang cedera panjang, memilik rekod 21 kemenangan berturut-turut di Wrestlemania sebelum ditamatkan oleh Brock Lesnar,  WWE berbaloi memiliki penggusti yang terbaik ini. Pernah ada plot Undertaker palsu atau lawan penggusti palsu beliau merupakan salah satu dari 4 ikon penggusti kegemaran.

Beliau sudah mengumumkan bersara pada June lalu atas faktor usia namun bulan ini adalah pengumuman rasmi dari WWE. Beliau akan kembali ke pentas nanti sebagai tetamu undangan andai ada slot dari WWE nanti sama seperti penggusti yang bersara lain.

Beliau lahir pada 24 Mac 1965 di Houston, Texas, Amerika Syarikat dengan nama sebenar Mark Callaway.

Sekian sahaja cerit ikonik kali ini. 

photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment