Ride Hari Malaysia

Salam, 

Setelah seminggu lebih rakyat Lembah Klang diberi status fasa 2 dan pembukaan kedai-kedai dengan SOP yang ketat serta boleh beraktiviti juga dengan SOP ketat, saya bersama rakan-rakan OGKL mula berbasikal di pagi hari Malaysia. 

Semua persiapan sudah lengkap dan saya tiba di depan Campbell untuk mengeluarkan basikal dari kereta pukul 7.30 pagi. Malangnya bila sudah hampir siap, tertinggal satu barang penting iaitu tayar depan basikal. Mujur perjalanan ke rumah dan menyedari awal jadi pulang semula untuk mendapatkan tayar berhenti di tempat letak kereta semula.

Pukul 8.30 saya sampai di Dataran Merdeka manakala rakan-rakan lain melalui Jalan Raja Laut dahulu sebelum ke Dataran Merdeka. Di sini baru saya bergabung dengan kumpulan besar berbasikal OGKL.
 
Berikut adalah laluan asal.

* RSMY - DATARAN MERDEKA - LALUAN RIVER OF LIVE MENGHALA PWTC -  PERSIARAN TUNGKU - BANK NEGARA - TUGU NEGARA - MASJID NEGARA - KL TOWER - KLCC - SALOMA BRIDGE - BUKIT BINTANG - RSMY ( Bersurai).


Tapi kami tidak meneruskan ke Bukit Bintang kerana hari semakin tinggi. Bawah ni sekitar perjalanan berbasikal



Route perjalanan


Dataran Merdeka



pemandangan KLCC

pertemuaan 2 sungai  

Tugu Negara




terserempak geng Damavand

Bridge Saloma


Sekian

photo pn80517_zps08rer6as.gif

Suntikan pertama vaksin ASTRAZENECA

Salam,

Selepas 3 minggu berhari raya yang suram dan sederhana saya telah menghadirkan diri untuk menerima suntikan dari Vaksin Astrazeneca yang dicipta dari UK. Proses pendaftaran bermula pada hujung April lalu semasa bulan puasa lagi. Pada masa kaunter dibuka ramai yang ragu-ragu dan tertanya-tanya adakah mereka akan terkena simptom-simptom seperti batuk, pening, loya dan sakit-sakit lain. Para anti vaksin sibuk menyiasat keburukan vaksin-vaksin ini seperti ada alat menjejak diletakkan di dalam jarum atau magnet dan macam-macam teori.

Antara vaksin terawal diberikan adalah Pfizer BioNTech atau singkatannya Pfizer dari US melalui Belgium. Vaksin ini diberikan kepada barisan hadapan yang bertugas serta doktor-doktor dan jururawat yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam. Ada juga vaksin-vaksin lain yang dibeli oleh kerajaan seperti Sinovac dari China dan Sputnik V dari Russia melalui beberapa peringkat. 

Berbalik pada hari saya menerima suntikan vaksin, saya memilih untuk ke UKM Bangi kerana anak sulong belajar di sana dan mudah untuk menghantar barang-barang keperluan dia.








Di Dewan Gemilang UKM, penerima-penerima vaksin perlu melalui 6 segmen penting dengan ramai petugas bersedia melayan penerina-penerima vaksin.

Segmen pertama adalah mengisi 2 borang yang sama tapi perlu scan Mysejahtera dulu untuk mengesahkan pada hari ini saya akan menerima suntik di UKM Bangi. Soalan-soalan biasa seperti alahan ditanya dan borang perlu di isii di bahagian bawah seperti nama, IC dan tarikh hari ini. Malang bagi sesetengah penerima ada yang menandatangan borang tersebut terlebih dahulu walaupun sudah diberitahu belum lagi.

Seterusnya di dalam dewan ada lagi 5 segmen. Kerusi di susun mengikut SOP. Di segmen ke 2 saya ditanya sekali lagi tentang alahan dan sakit-sakit biasa dan petugas menerangkan simptom-simptom yang akan diterima nanti selepas suntikan. Bila petugas berpuas hati dengan jawapan barulah diminta turunkan tandatangan dan saya diminta ke segmen ke 3.


Di segmen ke 3, petugas mengemaskini data saya dan memberi kad merah E8 untuk segmen seterusnya iaitu suntikan vaksin. Walaupun diberi kad E8, saya bebas memilih tempat suntikan di depan atau petugas lain boleh mengarahkan penerima untuk ke kaunter yang penerima selesai menerima suntikan. Di sini petugas mengarahkan supaya 2 penerima vaksin sama jantina boleh masuk sekali untuk menghormati aurat bagi penerima vaksin wanita muslim.




Di segmen 4 iaitu terima suntikan saya perlu scan di Mysejahtera untuk kemaskini status terima suntikan. Dalam masa kurang seminit saya menerima suntikan vaksin pertama dimana selepas 3 bulan saya akan dipanggil lagi untuk menerima suntikan ke 2 sama seperti penerima lain.

Di segmen ke 5, saya menyerahkan 2 borang kepada petugas dan dalam masa 5-10 minit untuk mengetahui kesan seperti yang diberitahu semasa segmen ke 2 tadi adakah saya menerima kesan sampingan. Alhamdulillah selepas nama dipanggil saya tiada apa-apa kesan.









pengesahan sudah divaksin melalui Mysejahtera

Di segmen ke 6 atau terakhir adalah proses bergambar dan menerima sedikit saguhati dari pihak yang mengelolakan urusan ini. Proses bergambar tidak lama dan saya menggunakan semua ruang untuk bergambar.

Selesai sudah menerima vaksin Astrazeneca dan saya pergi menemui anak dan menghantar barang-barang dia. Katanya di sana juga ada kes dan mungkin bulan depan akan balik ke rumah.

Apapun pada malam nya kami rakyat Malaysia menerima berita LOCKDOWN akan bermula Selasa iaitu 1 June nanti selama 2 minggu dan beberapa fasa seterusnya.

Sekian sahaja coretan tidak seberapa. Untuk tahun ke 2 serangan Covid 19 ini tiada tanda-tanda akan reda. Marilah sama-sama kita doakan agar dijauhi virus yang semakin mengganas di peringkat Asia Tenggara pula. Bagi mereka yang sehat dan masuk mengelak dari dijangkiti elokkan segera mendaftar menerima vaksin ini bila kerajaan sudah war-warkan nanti. Janganlah di dengar perkara-perkara negatif sehingga di gelar anti vaksin kerana saya percaya ahli keluarga sahabat sekeliling pasti sudah terkena jangkitan ini dan kadar sebarangnya jauh lebih bahaya dari tahun lepas.  

photo pn80517_zps08rer6as.gif

Tugu Negara : Sebelum puasa bermula

Salam,

Hari beberapa hari bermula Ramadan , kami sekeluarga sempat melakukan aktiviti trekking ke Tugu Negara. Bagi pendaki seperti saya aktiviti ini hanyalah sekadar yang saya panggil negatif hiking kerana trailnya adalah untuk peringkat kanak-kanak atau orang biasa yang bukan pendaki sebenar sahaja boleh melalukan aktiviiti ini.

Awal pagi saya dan Akmal melayan aktiviti pertandingan larian selama 3 km disekitar rumah yang direkodkan melalui apps strava. Pukul 11 lebih kami bergerak ke Tugu Negara. Cuma sekitar 200 meter dari monumen biasa selepas ikan bakar ade pintu masuk ke laluan untuk letak kereta.

pintu masuk


























Dari sini kena keluar menuju ke jalan iaitu pintu masuk lalu. Sepanjang laluan ada buaian, sungai, turun naik sedikit menyamai trek biasa. Ada keluarga dan kanak-kanak juga melalui kawasan ini, Pada awal pagi biasanya ramai sehingga susah untuk meletakkan kereta sehingga kereta diletakkan di jalan-jalan utama.

Hanya dalam 2 jam lebih baru selesai aktiviti ini dan kami pulang untuk makan tengahari. Sekian.



photo pn80517_zps08rer6as.gif