Health Screen

Salam, 

Apabila badan mengalami simptom sakit-sakit serta faktor umur mencecah hampir 50 tahun, maka saya bercadang untuk mengambil pakej pemeriksaan kesihatan atau Health Screening Package. Hampir semula hospital ada menyediakan pakej ini bergantung pada harga dan isi pakej. Saya memilih Hospital Aivsena(tekan di sini) di Sek 14 Shah Alam kerana mendapat cadangan dari rakan-rakan serta dikatakan antara yang murah. 

Klinik terletak di Welness tingkat 1 dan proses hanya mengambil masa dalam 2 setengah jam. Untuk pakej yg sama ambil, dia terdiri dari 4 ujian iaitu Xray, mengambil urin, darah dan terakhir Stress Test.

Selepas mengambil darah, saya bersarapan ringkas dan menyambung ujian-ujian lain. 3 dari nya adalah biasa manakala stress test adalah di mana pesakit perlu melakukan larian di treadmil dengan wayar diletakkan di sekitar badan. 3 minit pertama adalah berjalan, 3 minit berikutnya adalah berlari manakala seminit selepas itu adalah berlari pantas. 

Kasut tidak perlu risau kerana disediakan cuma bagi yang bersaiz kurang atau terlebih mungkin berkaki ayam sahaja. Selesai semua , doktor akan merumuskan hasil ujian dan akan menyarankan cara pemakanan yang betul . 


Pakej yang ditawarkan








Sekian

photo pn80517_zps08rer6as.gif

Cuti-cuti Penang yang lesu

Salam, 

Setelah melepasi 3 minggu cuti sekolah dan kes Covid'19 sekitar 4 angka serta kes-kes bercuti di Langkawi dan Cameron, cuti-cuti lambat kali ini tidak seindah yang disangkakan. Ketika sampai di Kepala Batas, urat-urat ada PKP bakal berlaku kali ke 2 mungkin terjadi. Maka perancangan minggu berikutnya bakal tergugat nanti.

Sepatut nya jika ke Kepala Batas, pasti ada rancangan ke Pulau. Saya ade merancang ke Sungai Sedim juga tapi untuk menjaga supaya tidak terkena virus maka kami sekeluarga hanya keluar makan dan cuma anak-anak sahaja yang keluar ke bandar dengan aktiviti masing-masing. 

3 hari bercuti berakhir merehat di rumah sahaja.

kampung yang ditinggalkan
pemandu gantian
tepi pantai Butterworth
kedai makan popular di Kepala Batas


makan malam di Barbarian sempena hari jadi Ika








Sekian.

photo pn80517_zps08rer6as.gif