Health Screen

Salam, 

Apabila badan mengalami simptom sakit-sakit serta faktor umur mencecah hampir 50 tahun, maka saya bercadang untuk mengambil pakej pemeriksaan kesihatan atau Health Screening Package. Hampir semula hospital ada menyediakan pakej ini bergantung pada harga dan isi pakej. Saya memilih Hospital Aivsena(tekan di sini) di Sek 14 Shah Alam kerana mendapat cadangan dari rakan-rakan serta dikatakan antara yang murah. 

Klinik terletak di Welness tingkat 1 dan proses hanya mengambil masa dalam 2 setengah jam. Untuk pakej yg sama ambil, dia terdiri dari 4 ujian iaitu Xray, mengambil urin, darah dan terakhir Stress Test.

Selepas mengambil darah, saya bersarapan ringkas dan menyambung ujian-ujian lain. 3 dari nya adalah biasa manakala stress test adalah di mana pesakit perlu melakukan larian di treadmil dengan wayar diletakkan di sekitar badan. 3 minit pertama adalah berjalan, 3 minit berikutnya adalah berlari manakala seminit selepas itu adalah berlari pantas. 

Kasut tidak perlu risau kerana disediakan cuma bagi yang bersaiz kurang atau terlebih mungkin berkaki ayam sahaja. Selesai semua , doktor akan merumuskan hasil ujian dan akan menyarankan cara pemakanan yang betul . 


Pakej yang ditawarkan








Sekian

photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment