Gunung Lentang Legong : Kembali mendaki

Salam,

Setelah hampir 5 bulan tiada aktiviti akibat PKP yang ketat, kami kembali ke hutan semula tapi hanya sempat beberapa minggu sahaja kerana ibadah akan menjelang tidak lama lagi. Rentas negeri hanya berlaku di negeri Sabah sahaja manakala di negeri-negeri lain tidak dibenarkan.

Untuk mendaki ke Gunung yang terletak di sebelah Gunung Nuang, ini permit perlu di ambil di Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah di Cheras berhadapan Plaza Pionex. Permit diletakkan nama Air Terjun Lepoh kerana Gunung Lentang Legong terletak di sempadan Pahang. Alhamdullillah segala urusan mudah dan cepat cuma waktu tutup adalah 3.30 petang.


Tiba hari kejadian hujan turun di Kuala Lumpur di sebelah petang. Kami bergerak petang menuju ke Ulu Langat dan makan malam serta bermalam di Bamboo Camp iaitu di simpang ke Air terjun Lepoh.

Pagi kami sarapan dan membungkus makanan tengahari. Pergerakan ke Asli Adventure Camp agak serabut dengan hanya satu lorong yang kecil dan parkir yang sempit.

Kami naik pukul 9 pagi dan lewat sedikit. Sekitar 10.45 pagi kami sampai di Air Terjun Lepoh dan berehat. Setelah berehat kami bergerak naik tapi tersalah jalan kerana laluan sebenar adalah seberang sungai tapi ade batu-batu yang besar jadi ada tempat memijak untuk elak kasut basah.

Pada permulaan naik dari ketinggian 690 meter ini memang menaik sahaja. Sehingga di ketinggian 1000 meter baru ada turun naik 2-3 kali untuk sampai ke puncak, Jadi kami lah peserta terakhir tiba iaitu pukul 3.23 petang. Sebelum sampai puncak terdapat satu lagi gunung laluan iaitu Gunung Lopo yang tidak ditanda tapi wujud dalam topo manakala terdapat simpang ke Bukit Repin dalam 2 jalan perjalanan yang boleh sampai ke Kemensah iaitu di belakang Taman Melawati. 

Apapun kami turun sampai Magrib awal tapi keluar terasa lambat sangat. Oleh kerana lama tidak hiking maka ada anggota badan yang sakit-sakit. Kami tiba di pintu masuk pukul 10 malam. Menurut kata penjaga permit di sana yang masih lagi bekerja terdapat 107 peserta yang masuk ke sini dan merupakan satu rekod baru katanya. Perjalanan sejauh 15 km ini memang menjadi trek latihan bagi para pelatih maraton atau yang mendambakan acara yang memerlukan perahan tenaga yang kuat serta mental yang baik.

Setelah selesai mandi, kami pun pulang ke haluan masing-masing. Jumpa lagi di trip akan datang.

Wsalam.







photo pn80517_zps08rer6as.gif

Pindah Rumah

Salam,

Setelah 14 tahun duduk di rumah kecil ini akhirnya kami pindah ke rumah baru. Lokasi cuma di belakang rumah mak mertua sahaja iaitu dalam 100 meter. Selamat tinggal rumah lama dan bermula lah rumah baru.






photo pn80517_zps08rer6as.gif