Suntikan pertama vaksin ASTRAZENECA

Salam,

Selepas 3 minggu berhari raya yang suram dan sederhana saya telah menghadirkan diri untuk menerima suntikan dari Vaksin Astrazeneca yang dicipta dari UK. Proses pendaftaran bermula pada hujung April lalu semasa bulan puasa lagi. Pada masa kaunter dibuka ramai yang ragu-ragu dan tertanya-tanya adakah mereka akan terkena simptom-simptom seperti batuk, pening, loya dan sakit-sakit lain. Para anti vaksin sibuk menyiasat keburukan vaksin-vaksin ini seperti ada alat menjejak diletakkan di dalam jarum atau magnet dan macam-macam teori.

Antara vaksin terawal diberikan adalah Pfizer BioNTech atau singkatannya Pfizer dari US melalui Belgium. Vaksin ini diberikan kepada barisan hadapan yang bertugas serta doktor-doktor dan jururawat yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam. Ada juga vaksin-vaksin lain yang dibeli oleh kerajaan seperti Sinovac dari China dan Sputnik V dari Russia melalui beberapa peringkat. 

Berbalik pada hari saya menerima suntikan vaksin, saya memilih untuk ke UKM Bangi kerana anak sulong belajar di sana dan mudah untuk menghantar barang-barang keperluan dia.








Di Dewan Gemilang UKM, penerima-penerima vaksin perlu melalui 6 segmen penting dengan ramai petugas bersedia melayan penerina-penerima vaksin.

Segmen pertama adalah mengisi 2 borang yang sama tapi perlu scan Mysejahtera dulu untuk mengesahkan pada hari ini saya akan menerima suntik di UKM Bangi. Soalan-soalan biasa seperti alahan ditanya dan borang perlu di isii di bahagian bawah seperti nama, IC dan tarikh hari ini. Malang bagi sesetengah penerima ada yang menandatangan borang tersebut terlebih dahulu walaupun sudah diberitahu belum lagi.

Seterusnya di dalam dewan ada lagi 5 segmen. Kerusi di susun mengikut SOP. Di segmen ke 2 saya ditanya sekali lagi tentang alahan dan sakit-sakit biasa dan petugas menerangkan simptom-simptom yang akan diterima nanti selepas suntikan. Bila petugas berpuas hati dengan jawapan barulah diminta turunkan tandatangan dan saya diminta ke segmen ke 3.


Di segmen ke 3, petugas mengemaskini data saya dan memberi kad merah E8 untuk segmen seterusnya iaitu suntikan vaksin. Walaupun diberi kad E8, saya bebas memilih tempat suntikan di depan atau petugas lain boleh mengarahkan penerima untuk ke kaunter yang penerima selesai menerima suntikan. Di sini petugas mengarahkan supaya 2 penerima vaksin sama jantina boleh masuk sekali untuk menghormati aurat bagi penerima vaksin wanita muslim.




Di segmen 4 iaitu terima suntikan saya perlu scan di Mysejahtera untuk kemaskini status terima suntikan. Dalam masa kurang seminit saya menerima suntikan vaksin pertama dimana selepas 3 bulan saya akan dipanggil lagi untuk menerima suntikan ke 2 sama seperti penerima lain.

Di segmen ke 5, saya menyerahkan 2 borang kepada petugas dan dalam masa 5-10 minit untuk mengetahui kesan seperti yang diberitahu semasa segmen ke 2 tadi adakah saya menerima kesan sampingan. Alhamdulillah selepas nama dipanggil saya tiada apa-apa kesan.









pengesahan sudah divaksin melalui Mysejahtera

Di segmen ke 6 atau terakhir adalah proses bergambar dan menerima sedikit saguhati dari pihak yang mengelolakan urusan ini. Proses bergambar tidak lama dan saya menggunakan semua ruang untuk bergambar.

Selesai sudah menerima vaksin Astrazeneca dan saya pergi menemui anak dan menghantar barang-barang dia. Katanya di sana juga ada kes dan mungkin bulan depan akan balik ke rumah.

Apapun pada malam nya kami rakyat Malaysia menerima berita LOCKDOWN akan bermula Selasa iaitu 1 June nanti selama 2 minggu dan beberapa fasa seterusnya.

Sekian sahaja coretan tidak seberapa. Untuk tahun ke 2 serangan Covid 19 ini tiada tanda-tanda akan reda. Marilah sama-sama kita doakan agar dijauhi virus yang semakin mengganas di peringkat Asia Tenggara pula. Bagi mereka yang sehat dan masuk mengelak dari dijangkiti elokkan segera mendaftar menerima vaksin ini bila kerajaan sudah war-warkan nanti. Janganlah di dengar perkara-perkara negatif sehingga di gelar anti vaksin kerana saya percaya ahli keluarga sahabat sekeliling pasti sudah terkena jangkitan ini dan kadar sebarangnya jauh lebih bahaya dari tahun lepas.  

photo pn80517_zps08rer6as.gif