Ride Hari Malaysia

Salam, 

Setelah seminggu lebih rakyat Lembah Klang diberi status fasa 2 dan pembukaan kedai-kedai dengan SOP yang ketat serta boleh beraktiviti juga dengan SOP ketat, saya bersama rakan-rakan OGKL mula berbasikal di pagi hari Malaysia. 

Semua persiapan sudah lengkap dan saya tiba di depan Campbell untuk mengeluarkan basikal dari kereta pukul 7.30 pagi. Malangnya bila sudah hampir siap, tertinggal satu barang penting iaitu tayar depan basikal. Mujur perjalanan ke rumah dan menyedari awal jadi pulang semula untuk mendapatkan tayar berhenti di tempat letak kereta semula.

Pukul 8.30 saya sampai di Dataran Merdeka manakala rakan-rakan lain melalui Jalan Raja Laut dahulu sebelum ke Dataran Merdeka. Di sini baru saya bergabung dengan kumpulan besar berbasikal OGKL.
 
Berikut adalah laluan asal.

* RSMY - DATARAN MERDEKA - LALUAN RIVER OF LIVE MENGHALA PWTC -  PERSIARAN TUNGKU - BANK NEGARA - TUGU NEGARA - MASJID NEGARA - KL TOWER - KLCC - SALOMA BRIDGE - BUKIT BINTANG - RSMY ( Bersurai).


Tapi kami tidak meneruskan ke Bukit Bintang kerana hari semakin tinggi. Bawah ni sekitar perjalanan berbasikal



Route perjalanan


Dataran Merdeka



pemandangan KLCC

pertemuaan 2 sungai  

Tugu Negara




terserempak geng Damavand

Bridge Saloma


Sekian

photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment